Wanita terkenal dengan hemah dan budi pekertinya yang penyantun dan mulia. Namun tidak semua wanita mempunyai sifat-sifat terpuji seperti mana yang di tuntut dalam Islam. Setiap insan yang dijadikan Allah SWT memiliki kelebihan dan kekurangannya. Maka terjadinya pelbagai watak dan tabiat wanita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Meskipun sesetengah manusia mempunyai watak seperti haiwan, namun jika ia mendapat didikan dan agama yang secukupnya serta menyedari kekurangan serta kesilapannya, maka ia akan kembali ke watak WANITA sebenar seperti yang dituntut oleh Islam. Terdapat 9 watak dan tabiat yang dinyatakan di dalam kitab muktabar. Namun ianya hanyalah perbandingan, tidak sekali-kali menyamakan kaum wanita dengan haiwan:
1. Tabiat BabiTabiatnya seperti tidak ubah seperti tabiat babi. Dalam soal makan dan minum mereka suka memecahkan piring dan pinggan mangkuk. Mereka juga suka keluar rumah tanpa meminta keizinan suami. Dan suka berjalan-jalan ke mana sahaja yang mereka suka. Mereka tidak mempedulikan urusan ibadat dan tidak suka menuntut ilmu dan suka melanggar perintah agama. Malah mereka tidak suka tunduk dan taat kepada suami.
2. Tabiat KudaWanita yang bertabiat seperti ini suka memakai pakaian yang berwarna-warni seperti warna merah, kuning atau hijau supaya kelihatan menyerlah. Mereka suka memakai barang-barang perhiasan untuk bermegah-megah, seperti emas atau perak. Mereka juga tidak mahu kalah kepada suaminya.
3. Tabiat AnjingWanita yang bertabiat begini seorang yang sangat cerewet. Suka membebel, bersifat berani, melawan suami, membentak dan memaki hamun suami. Namun begitu dia seorang yang sangat setia kepada suaminya. Wanita penurut perintah suami, marahnya hanya untuk seketika sahaja.
4. Tabiat UlarWanita yang bertabiat seperti ular adalah seorang wanita pendiam dan pendendam. Mereka dapat menguasai suaminya, bila mereka bermusuh dengan seseorang. Suaminya akan dijadikan alat untuk menyerang musuhnya.
5. Tabiat Kala JengkingWanita yang bertabiat kala jengking suka menempel dan berkumpul sesama wanita lain. Hobinya suka memburukkan orang lain, biarpun suami atau keluarga saudara mara sendiri. Selain mengumpat mereka juga suka mengadu akan hal-hal orang lain. Dari sikap dan perangai mereka yang buruk itu juga boleh membuatkan orang lain berlaga sesama sendiri. Wanita seperti ini hanya suami yang sabar sahaja yang boleh hidup lama bersama mereka.
6. Tabiat TikusWanita yang bersifat begini suka menyeluk poket suami, dan mereka dengan berani mengambil wang dari suami, walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suami.
7. Tabiat SingaBersikap garang terhadap suami, namun mereka seorang yang pendiam tetapi seorang yang bersikap pengawal. Apabila diganggu, mereka akan melawan tanpa merasa segan dan silu.
8. Tabiat KambingWanita yang baik dan soleh, taat kepada suami dan sayang kepada anak-anak. Mereka bersifat berkecuali, tidak mahu mencampuri urusan suami atau orang lain. Mereka suka berbakti kepada masyarakat dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.
9. Tabiat AyamWanita yang bertabiat begini seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak dan suami. Hidupnya tidak suka bermegah-megah, seorang wanita yang cukup taat kepada suami dan Allah SWT.
Bagi wanita, kenalilah sifat dan watak diri sendiri supaya dapat mengubah dan mencorakkan diri menjadi wanita solehah seperti mana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya. Apabila tabiat yang buruk berubah menjadi tabiat yang baik, maka masuklah mereka dalam golongan wanita yang solehah, yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT kepada mereka yang taat dan mengikut perintahNya. Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan