Ahad, 30 Januari 2011

Suara Misteri sewaktu kewafatan Rasulullah

SUARA MISTERI DI DENGARI OLEH SAIDINA ALI KWJ:
Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib KWJ meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:”

"Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!”Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:

“Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:

“Hai Ali!Mandikanlah Beliau!Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”

Ujar Ali pula:”Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan,bahawa suara itu berasal dari iblis.Sekarang saiapakah pula sebenarnya engkau sendiri?”

“Aku adalah Khidir.aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad s.a.w.” Jawab suara itu.

Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan jenazah Rasulullahs.a.w.sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga. Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.

Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat,lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat.Kata -kta yang dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.

Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat,Syaidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:

“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu. Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami. Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selam-lamanya!”

Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullahs.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:

“duhai ,engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”

Tetapi antara banyak orang tentu sekali yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti  Fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.

Pernah suatu hari,Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi s.a.aw. Katanya:

“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”

Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya,orang melihat Siti Fatimah Azzahra selalu berikat kepala,tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus,bahkan ia sering tidak sedarkan diri.kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:

“Mana dia ayah yang mencintai kalian itu?Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini.Kalian tidak akan pernah lagi naik keatas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan…”
Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu ,semakin layu dan mengering………

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : 
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. 
Hadith riwayat At-Tabarani.


alfatihah untuk moyangku Siti Fatimah AzZahra binti Muhammad Rasulullah SAW & kedua ibu dan bapaku dan sekelian Ahlulbait Rasulullah SAW & Sekelian hamba-hamab Allah yang beriman".. ameen

Ahad, 23 Januari 2011

Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

Wasiat  tanda tanda dalam kebaikan.

Nabi SAW bersabda:

Tanda tanda kesabaran adalah baiknya batin di sisi Allah dan baik khidmatnya....

*Wahai Ali,bagi 0rang mu'min ada 3 tanda:

-benci terhadap harta benda,
-benci pembicaraan dengan berpaling dari manusia,
-benci terhadap wanita.

*Wahai Ali,bagi 0rang Alim itu ada 3 tanda:
-jujur dalam bicara,
-menjauhi yg haram,
-merendah diri.

*Wahai Ali,bagi 0rang yg takwa ada 3 tanda:
-takut dusta dan keji,
menjauhi kejahatan,
-memeohon yg halal kerana takut jatuh dlm keharaman.

*Wahai Ali,bagi 0rang jujur ada 3 tanda:
-merahsiakan ibadat,
-merahsiakan sedekah,
-merahsiakan terkena cubaan.

*Wahai Ali,bagi 0rg yg ahli ibadat ada 3 tanda:
-membatasi dirinya,
-menghitung-hitung dirinya,
-memperbanyakan ibadat kpd Allah.

*Wahai Ali,bagi 0rang yg soleh itu ada 3 tanda:
-memperbaiki dirinya antara Allah dgn amal soleh,
-memperbaiki agamanya dgn beramal soleh,
-redha terhadap manusia dari apa yg diredhakan dirinya.

*Wahai Ali,bagi 0rang yg bahagia itu ada 3 tanda:
-makananya dr yg halal,duduk bersaam ulama',
-solat lima waktu bersama imam(selalu berjemaah).

*Wahai Ali, 0rang mu'min juga ada 3 tanda:
-bersegera dalam taat kpd Allah,
-menjauhi dr segala yg haram,
-berbuat baik kpd 0rang yg berbuat jahat kpdnya.

*Wahai Ali,bagi 0rang yg dermawan itu ada  tanda;
-memberi maaf ketika berkuasa,
-memberikan zakat,
-senang memberikan sedekah.

*Wahai Ali,0rang yg tolenrasi ada 3 tanda:
-menyambung persaudaraan  kpd 0rang yg memutuskn persaudaraan,
-memberi kpd 0rang yg menghalang2 kpdnya,
-memaafkan dr 0rang yg meaniyanya.

*Wahai Ali,bagi 0rang yg saabr itu ada 3 tanda:
-sabar dalam taat kpd Allah,
-saabr atas musibah,
-sabar atas qada' Allah.

*Wahai Ali,bagi 0rang yg bertaubat itu ada 3 tanda:
-menjauhi yg haram,
-senang menuntut ilmu,
-tidak kembali kpd dosa,sebagaiamana tidak kembali air susu yg di perah ke dalamnya..



Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

Wasiat dalam kejujuran dan berkawan.

Nabi SAW bersabda:

Wahai Ali,berlakulah jujur sekali pn membahayakan mu dalam dunia,sebab jujur itu memberikan manfaat padamu dalam akhirat.Dan janganlah engkau dusta sekali pn memberikan manfaat kepadamu di dunia,sebab dusta itu membahayakan kamu di akhirat.

Wahai Ali,siapa yg banyak dosa maka lenyaplah kebaikannya.

Wahai Ali, hendaklah engkau senantiasa jujur dalam bicara dan menjaga pembicaraan dan amanat dan hendaklah berjiwa sosial dan menjaga perut.

Wahai Ali,seribu kawan adalah sedikit dan lawan satu adalah banyak.

Wahai Ali, jauhilah dusta kerana dusta itu menghitamkan muka dan bila sese0rang senantiasa berdusta dia akan dinamakan pendusta di sisi Allah dan bila ia benar maka ia akan dinamakan di sisi Allah sebagai 0rang yg benar.Sesungguhnya berdusta itu menjauhkan iman.

Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

Wasiat dalam berdoa,istighfar,baca Quran dan berzikir..

Nabi SAW bersabda:

Wahai Ali, hendaklah engkau berdoa antara azan dan iqamah,sebab berdoa pd waktu itu tidak tertolak..
Wahai Ali,jika engkau berdoa bukalah tanganmu pd arah dadamu dan jangan kamu mengangkatnya di atas kepalamu dan bersyaratlah kpd Allah Ta'ala dgn ibu jari tanganmu.

Wahai Ali, janganlah engkau mengeraskan bacaan dalam do'amu,dikala ada 0rang yg sedang solat.sebab hal itu dapat merosakkn solat mereka.

Wahai Ali,siapa berzikir kpd Allah sebelum fajar dan sebelum terbitnya matahari serta sebelum terbenamnya,maka Allah menjadi malu utk menyekanya dgn api neraka..

Wahai Ali,jika kamu selesai solat maka duduklah pd tempat dudukmu hingga terbit matahari,maka Allah menulis bg 0rang- 0rang yg duduk di tempatnya akan pahala 0rang yg menunaikan ibadah haji dan umrah atau memerdekakan budak atau sedekah 1000 dinar di jalan Allah.

Wahai Ali,barang siapa membaca takbir 100 kali sebelum terbit matahari dan 100 kali sebelum terbenam matahari, maka Allah menulis baginya pahala seratus 0rang ahli ibadah dan seratus ahli jihad pd jalan Allah.

Wahai Ali,barang siapa membaca shalawat kepadaku setiap sehari atau semalam sebanyak 100 kali wajib baginya akan syafaatku, adapn memperbanyak istighfar adalah merupakan gedung bagi 0rang-0rang yg bertaubat dari neraka.

Wahai Ali, bacalah surat Ad- Dukhan di malam jumaat,nescaya Allah memberi keampunan kepadamu.

Wahai Ali,bacalah surat Al -Hasyr,sungguh engkau berkumpul di hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari segala perkara.

Wahai Ali,bacalah surat Al- Mulk dan As -Sajdah,nescaya berkat fadilah keduanya engkau diselamatkan Allah dari mala petaka di hari kiamat.

Wahai Ali,bacalah surat Al -Mulk pada waktu akan tidur,nescaya engkau akan selamat dari azab kubur dan dari pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir.

Wahai Ali,bacalah surat Al-Ikhlas dalam keadaan engkau bersuci,nescaya nanti engkau akan dis eru pada hari kiamat:"Hai pemuji Tuhan,bangkitlah lalu masuklah ke dalam syurga."

Wahai Ali,bacalah surat Al -Baqarah kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa berkat dan tidak mau membacanya membawa penyesalan..




Sabtu, 22 Januari 2011

Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

Wasiat dalam klasifikasi manusia di sisi Allah:

Wahai Ali, sebaik baik manusia di sisi Allah adalah mereka yg memberikan manfaat kepada para manusia dan sejelek jelek mereka di sisi Allah adalah 0rang2 yg panjang umurnya tp jelek amal perbuatannya.

Wahai Ali, sebaik baik manusia adalah 0rang yg panjang umurnya dan baik amal perbutannya.

Wahai Ali,sejelek jelek dr manusia adalah adalah 0rang yg hidup dalam keadaan haram dan mati dalam haram pula.Dan sejelek jelek manusia adalah 0rang yg panjang umurnya dan jelek amal perbuatannya dan ia tidak mau bertaubat dr apa yg dilarang Allah tapi dia tamak akan ampunan Allah.

Wahai Ali,sejelek jelek manusia adalah 0rang yg memilih pada permulaan umurnya dalam keadaan lalai daripada akhir umurnya dalam keadaan malas utk taat kpd Allah

    Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

    • Wasiat dalam menjaga lesan.








    Nabi SAW bersabda;

    Wahai Ali,tidak lah Allah menjadikan pada  manusia yg lebih utama drpd lesan, ia di masukkan syurga dan neraka.Maka jagalah lesan itu sebab ia merupakan anjing gila.

    Wahai Ali,janganlah engkau melaknati 0rang islam dan janganlah kamu menyeksa binatang, sebab laknat itu akan kembali kepadamu.

    Wahai Ali,kuasailah lesanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yg baik,kerana tidak ada yg lebih berbahaya bagi manusia pd hari kiamat yg meleihi ketajaman lesannya.

    Wahai Ali,jauhilah pencerca, sebab 0rang yg suka mencerca dgn membuka rahsia 0rang lain itu tidak akan masuk syurga.

    Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

    Wasiat dalam bertaubat..

    Wahai Ali,tidak di terima taubatnya bagi 0rang yg bertaubat sehingga ia mensucikan perutnya dr yg haram dgn memperbaiki atau mencari rezeki yg halal..

    Wahai Ali,jika ada 0rang'Alim yg tidak bertakwa,maka menjadi sesatlah murid/pelajarnya pd hati hati manusia, sebagaimana sesatnya tetesnya air hujan pd telur burung suari dan batu yg halus mengkilap.

    Wahai Ali, jika lewat bg se0rang mu'min 40 pagi dan tidak penah duduk bersama 'Ulama maka menjadi padatlah hatinya dan terlintas pd dosa besar.sebab ilmu dapat menhidupkan hati..

    Wahai Ali, bahwasanya Allah tidak malu utk menyeksa 0rang kaya yg mencuri dn se0rang alim yg fasik.

    Jumaat, 21 Januari 2011

    Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

    WASIAT DALAM BERSEDEKAH






    Nabi SAW bersabda :

    Wahai Ali , bahawasa nya para kekasih Allah , tiadalah memperoleh keluasan rahmat dan keredhoanNya dgn byk nya beribadat , akn tetapi mereka memperoleh nya dgn kedermawaan jiwa dan benci terhadap keduniaan .

    Wahai Ali , derma / sosial adalah dekat dari Allah , dekat dari rahmatNya , dan jauh dari azab seksaNya . Dan bakhil / kikir adalah jauh dari Allah , jauh dari rahmatNya , dekat dari seksaNya . 

    Wahai Ali , kulihat tertulis pada pintu syurga bahawa syurga itu diharamkan bagi stiap 0rg bakhil , 0rang derhaka trhadap 0rang tuanya , dan 0rang bergumam dan 0rang yg mengadu dumba .

    Wahai Ali , siapa yg memerangi hawa nafsu nya , maka tempat kembali nya adalah syurga . dan siapa yg mengikuti hawa nafsunya maka tmpat kembali nya ke neraka jahanam ..

    Wahai Ali . takutlah terhadap d0a nya 0rang yg dermawan sbb setiap ia men0h0n d0a nya Allah berkenan memakbulkan nya .

    Wahai Ali , siapa yg memberi makan 0rang muslim dgn kebersihan jiwa maka Allah menulis bagi nya beribu2 kebajikan dan menghapuskan beribu2 kejelekan .. dan mengangkat seribu darjat .

    Wahai Ali , cintailah saudara2 mu , sbgai mana kamu mencintai dri mu . 

    Wahai Ali , tuntutlah kebaikan kpd 0rang yg terh0rmat dan muliakan 0rang tetamu sbb ia dtg pda suatu kaum . bersama itu pula turunlah rezeki nya dan jika ia pulang maka dgn kepulangng nya dapat menghilang kan d0sanya ahli rumah dan dibuangkan dalam lautan .

    Wahai Ali , malaikat tidak akn masuk ke suatu rumah yg didalamnya terdapat gmbar2 atau aca2 atau 0rang yg berani terhadap 0rang tua nya atau rumah yg tdk dimasuki tamu .

    Wahai Ali , berbuatlah kebaikan walau terhadap 0rang yg meminta .

    Wahai Ali sedekalah dgn rahsia , dpt melipatkan kemurahan Allah dan dpt menarik keberkatan dan rezeki yg banyak . Dan pagi2 lah dalam bersedekah sbb bala turun sblum awal pagi .

    Wahai Ali , jika kamu bersedekah , maka bersedekah lah dgn yg lebih baik drpd apa yg kam0o ada sbb sedekah satu suap dari yg halal adalah lebih dicintai Allah drpd 100 misqol dari yg haram dan sedekah yg diberikan sblum maty mu adalah lebih baik dripd 100 misqol yg disedekah kan ahli warismu setelah mati mu .

    Wahai Ali , bersedekah lah atas mayatmu sbb Allah taala telah memerintahkan para malaikat sama membawa sedekah2 0rang hidup kepada mereka , maka mereka sama bergembira dgn sangat dari keadaan yg sama bgembira didunia ,,

    Wahai Ali , beramallah dgn murni (keihklasan hati) karena Allah , sbb Allah tidak akn menerima amal sedekah dari seseorang kecuali orang2 yg benar2 ikhlas kerana Allah .

    Wahai Ali , segeralah bersedekah kerana bala bencana itu tidak bisa melangkah mendahului sedekah .

    Wahai Ali , jgn engkau abaikan sedekah sbb ia akn dapat men0lak kejahatan dari dirimu .. 

    Wahai Ali , keluarkan lah infak harta mu dan berikanlah kelapangn terhadap keluarga mu dan jgn lah kuatir terhadap Tuhan yg memiliki Arasy ,bhwa Ia akn menyedikitkan kurniaNya terhadap mu ..

    Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

    WASIAT DALAM BERPUASA

    Nabi SAW bersabda : 
    Wahai Ali , siapa yg mengikut sertakan puasa setelah bulan ramadhan dgn 6 hari , bulan syawal maka Allah bgi nya pahala puasa satu tahun seluruh nya .

    Wahai Ali , jgnlah sesekali memperngunjingkan sese0rang sbb seseungguh nya berngunjing itu membatalkan puasa dan orang yg suka mengunjing kan orang lain itu , kelak memakan daging nya pada hari kiamat .

    Wasiat dlm berwuduk dn solat..

    Nabi bsabda:


    1- Wahai Ali,sempurnaknlh dlm berwuduk sbb itu merupakn cabang iman.Dan jika kamu bwuduk jgnlh berlebih lebihan dgn air dn jika selesai bacalah "innaa anzalnaahu fil lailatul qadar" 10 kali..setelah selesai mbasuh kaki,sungguh Allah akn melapangkn kesusahanmu.


    2-Wahai Ali,sesungguhnya para malaikat sama memohon ampun kpd Allah utk mereka selagi dlm keadaan suci dn belum berhadas.


    3.Wahai Ali, barang siapa yg mandi di hari jumaat maka Allah mengampuni kpdnya antara jumaat hingga jumaat yg lain dn dgnnya Allah menjadikn pahala dlm kuburnya dn meringankn dlm timbangannya.


    4.Wahai Ali, hendaklh engkau sentiasa melakukn solat tepat pd waktunya, sebab hal itu merupakn pokoknya segala keutamaan dn sumbernya segala peribadatan.


    5.Wahai Ali,hendaklah engkau sentiasa bersiwak(bersugi) sebab di dlmnya mengandungi 24 keutamaan dlm agama dan badan.


    6.Wahai Ali,jika kamu bertakbir utk solat,maka bukalh jari2 dn angkat kedua tanganmu pd arah kedua bahumu dan jika kamu telah bertakbir,maka letakknlah tangan kananmu di atas tangan kirimu,di bawah susu kirimu,dan jika engkau rukuk letakn kedua tanganmu pd lututmu dn bukalh antara jari2mu.


    7.Wahai Ali,hendaklah engkau lakukn solat malam walau pn ibarat sekadar memeras susu kambing sbb org yg solat  malam adalah sebaik baik manusia akn wajahnya.


    8. Wahai Ali , pagi2 lah engkau dalam melakukan s0lat subuh , dan s0lat maghrib lah setelah terbamnye matahari , sekiranya org mengepuh susu kambing sb hal itu sebahagian dari perilaku Nabi alaihissalam .


    9. Wahai Ali , hendaklah engkau sentiasa melakukan solat jemaah sbb hal itu disisi Allah bagaikan perjalannanmu utk menunaikan ibadat haji dan umrah .


    10. Wahai Ali , hendaklah engkau sentiasa melakukan s0lat dhuha , baik dalam berpergiaan , atau pun dlm keadaan di rumah , sbb s0lat dhuha kelak dtg nya hari kiamat akn dipanggil seorg pemanggil (malaikat) dari atas panggung syurga : " Dimanakah org2 yg melakukan solat dhuha ? masuklah dari pintu dhuha dgn aman & sejahtera . dan tiadalah Allah memerintahkan nya utk s0lat dhuha . "


    11. Wahai Ali , sebahagian dari kemuliaan orang mu'min ialah :
    - suami isteri yg seiya sekata ,
    -solat dgn jemaah
    - para tetangga yg sama mencintainya

    Khamis, 20 Januari 2011

    Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali..

    Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pengasih lagi Penyayang , segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam selawat dan salam semoga tetap pada paduka Rasulullah SAW beserta para keluarga dan sahabatnya .

    Menjelang detik detik terakhir kehidupan Rasululla SAW , tidak sedikit dalam baginda memeberikan advis-advis ,saran saran , ataupun wasiat wasiat kepada para sahabat beliau , yg mana jika wasiat wasiat nasi SAW itu benar benar kita renungkan dan kita resapi serta kita amalkan , sungguh berharga dan bernilai sekali dan dapat memberi manfaat kepada kita dalam mencapai kebahgiaan dan keselamatan hidup kita dalam agama , dunia , dan akhirat kelak .

    Tentang penyampaian wasiat wasiat Rasulullah yg dimuatkan dalam buku kecil inin adalah merupakan wasiat beliau yang disampaikan kepada seorang sahabat dan menantu beliau , iaitu Saidina Ali RA , yg sudah barang tentu juga berlaku kita sebagai umatnya ,

    - Wahai Ali , engkau dgn aku sama dgn pangkat nya Nabi Harun dgn Nabi Musa as . dimana tiada nabi sesudahku . Hari inin aq berwasiat kpd mu , dgn suatu wasiat yg jika kau mnjaganya dan memelihara , nescaya engkau akn hidup terpuji lagi mulia , dan engkau akn mati syahid seta Allah akn bangkitkan engkau kelak di hari kiamat sebagai orang yg Faqih lagi Alim .
    -Wahai Ali , aku berwasiat kpdmu dgn suatu wasiat , maka jagalah dia baik baik , sebab selama engkau memelihara wasiat itu nescaya engkau akan tetap berada dalam kebaikan .

    Adapun wasiat wasiat beliau itu , antara lain berkisar pada masalah :
    -berwudhuk dan bersolat
    -bersedekah
    -berdo'a , istifar , baca quran dan zikir
    -kejujuran dan berkawan
    -bertaubat
    -menjaga lesan
    -wira 'i
    -klasifikasi manusia
    -tanda tanda dalam kebaikan
    -tanda-tanda dlm syirik
    -doa doa, beragama,bermoral,bermasyarakat dll....

    Selasa, 18 Januari 2011

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..20

    Wahai anak, takutlah kepada Allah di mana Dia di dalam hatimu ada selainNya maka kamu binasa. Takutlah bahawa Dia melihat di dalam hatimu ada rasa takut kepada selainNya. Sucikanlah hatimu dari selainNya. Janganlah kamu melihat kemudharatan dan kemanfaatan kecuali daripadaNya, kamu di dalam perkampungan dan jamuanNya. 

    Wahai anak setiap yang kamu lihat dari wajah-wajah yang dipandang baik dan kamu mencintainya maka itu adalah cinta yang kurang, kamu disikksa atasnya. Cinta yang benar yang tidak berubah adalah cinta kepada Allah. 

    Wahai anak, kamu perlu lelah sehingga kamu mempelajari pertukangan, kamu membangun dan merobohkan seribu kali sehingga kamu dapat membangun secara baik. Kamu membangun sesuatu yang tidak rosak.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..19


    Wahai anak, tetaplah takut dan jangan kamu berangan-angan sehingga kamu bertemu dengan tuhanmu dimana kedua tapak kaki hati dan badanmu tetap di hadapanNya, dan diletakkan jaminan keamanan di hadapanmu. Ketika itu sayugia bagimu untuk merasa aman apabila Dia memberikan keamanan kepadamu. 

    Wahai anak, sabarlah kepada pukulan musuhmu sebentar lagi kamu memukulnya, membunuhnya dan kamu ambil rampasannya kemudian kamu mengambil pakaian hadiah dari raja. 

    Wahai anak, bersungguh-sungguhlah agar kamu tidak menyakini seseorang dan agar niatmu itu baik pada setiap orang kecuali oran gyan mana syarak memerintahkan kamu untuk menyakitinya maka tindakanmu dalam menyakitinya sebagai ibadah.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..18

    Wahai anak, jadilah kamu orang yang benar maka kamu menjadi orang yang fasih. Jadilah kamu orang yang benar dalam hukum maka kamu menjadi orang yang benar dalam hukum maka kamu menjadi orang yang fasih dalam ilmu. Jadilah kamu orang yang benar dalam rahsia maka kamu menjadi orang yang fasih dalam keramaian. 

    Wahai anak, puasalah dan apabila kamu berbuka maka lapangkanlah orang-orang fakir dengan sesuatu dari bukamu. Janganlah makan sendirian kerana orang yang makan sendirian dan tidak memberi makan maka dikhuatirkan atasnya terkena fakir dan kesusahan. 

    Wahai anak, hendaklah kamu menanggung derita dan memutuskan keburukan. Kata-kata itu mempunyai saudara-saudara apabila kamu menggunakan satu kata kemudian kamu menjawabnya maka datanglah saudaranya kemudian hadir keburukan di antaramu berdua.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..17

    Wahai anak, saya melihatmu sedikit makrifat kepada Allah dan RasulNya, sedikit makrifat kepada para waliyullah, penganti-penganti NabiNya dan khalifahNya di kalangan makhlukNya. Kamu kosong dari pengertian, kamu sangkar tanpa burung, rumah kosong yang menjadi angin, pohon yang telah kering dan daunnya bertebaran. 

    Wahai anak, janganlah kamu tertipu oleh ketaatanmu dan janganlah kamu kagum kepadanya. Mintalah kepada Allah untuk diterimannya ketaatan itu dan berhati-hatilah dan takutlah dia memindahkanmu kepada selainnya.Bagaimanakah jika dikatakan kepada ketaatanmu "Jadilah kamu maksiat", dan kepada kejernihanmu "Jadilah keruh?". 

    Wahai anak, tidak ada keuntungan bagimu padahal kamu mencintainya. Kamu wahai orang yang mengaku cinta Allah, tidak ada keuntungan dan kebenaran bagimu padahal kamu mencintai akhirat atau sesuatu dari apa yang selainNya secara global. 

    Wahai anak, wajib atasmu untuk ikhlas dalam beramal. Hilangkan pandanganmu terhadap amalmu dan mencari ganti atasnya dari makhluk dan Khaliq. Beramallah kerana mencari keredhaan Allah bukan kerana kenikmatan-kenikmatanNya. 

    Wahai anak, serahkan diri dan hartamu ke tangan takdirNya, hukum dan qadhaNya. Serahkan sesuatu yang dibeli kepada pembeli dan esok Dia akan memberimu harga. 

    Wahai anak, janganlah kamu tertipu oleh amal, sesungguhnya amal-amal itu dilihat pada peng
    habisannya. Wajib atasmu untuk memohon kepada Allah agar Dia membaikkan penghabisanmu dan mewafatkan kamu atas amal yang paling Disukai. 

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..16


    Wahai anak, mengamalkan Al Quran itu akan memberikan petunjuk kepadamu akan kedudukan Al Quran itu, dan mengamalkan As Sunnah itu memberikan petunjuk kepadamu akan Rasul , Nabi kita Muhammad saw sentiasalah beliau di hatinya dan cita-citanya dari sekeliling hati kaum itu. Beliaulah yang membaikkan, dan beliaulah yang membersihkan rahsia-rahsia mereka dan yang menghiasinya.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..15


    Wahai anak, kembalilah dengan hatimu kepada Allah. Orang yang bertaubat kepada Allah adalah orang yang kembali kepada-Nya dan firman Allah bermaksud:- 

    "Dan kembalilah kepada tuhanmu." (Az Zumar:54)

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..14


    Hai anak, jika pada dirimu kamau mendapatkan perbezaaan antara orang kaya dan miskin ketika mereka menghadapkanmu maka tidak ada keuntungan bagimu. 

    Muliakanlah orang-orang fakir yang sabar, carilah berkah dengan mereka, perjumpaan mereka dan duduk-duduk bersama mereka, Nabi Muhammad bersabda: 

    "Orang-orang fakir yang sabar adalah teman duduk Allah yang maha pemurah pada hari kiamat." 

    Duduk-duduknya dengan Allah pada hari ini adalah dengan hati mereka dan esok dengan tubuh mereka.Merekalah orang-orang yang hati mereka zuhud di dunia dan berpaling dari perhiasannya.Mereka memilih kefakiran dari pada kekayaan dan mereka bersabar atas kefakiran itu. 

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..13

    Wahai anak, dahulukanlah akhirat atas duni, maka kamu akan beruntung pada keduanya. Apabila kamu mendahululkan dunia atas akhirat maka kamu akan rugi dunia dan akhirat, serta mendapat siksaan pula. 

    Wahai anak, jangalah putus asa dari rahmat Allah kerana kemaksiatan yang kamu lakukan, bahkan cucilah najis pakaian agamamu dengan air taubat,teguh atasnya, ikhlas padanay dan harmkanlah dengan minyak wangi makrifat. 

    Wahai anak, sihat dalam rangka meninggalkan mencari kesihatan, kaya dalam rangka meninggalkan mencari kekayaan, ubat dalam rangka meninggalkan mencari ubat. 

    Wahai anak, khalwatmu itu rosak, tidak benar, najis tidak suci. Hatimu tidak benar dalam tauhid dan ikhlas. Wahai orang-orang yang tidur.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..12


    Wahai anak, kemahuanmu kepada Allah tidaklah benar dan kamu tidak berkehendak kepada-Nya kerana setiap orang yang mengaku berkehendak kepada Allah dan menuntut lain-Nya maka telah batal dakwaanya itu. 

    Wahai anak, barangkalli esok dia datang sedangkan kamu tidak ada di permukaan bumi atau barangkali hal ini adap pada saat yang lain. Ingatkah kelalaian ini? Alangkah keras hatimu, batu hitamkah kamu? 

    Wahai anak, penghinaanmu terhadap wali-wali Allah swt kerana sedikitnya pengetahuanmu tentang Allah. Kamu mengatakan mereka tertuduh., mengapa mereka tidak hidup bersama kami? Mengapa mereka tidak duduk bersama kami? Kamu mengatakan ini kerana kebodohanmu itu sendiri. 

    Wahai anak, wajiblah dari manis dan pahit, baik dan rosak, keruh dan jernih. Apbanila kamu menghendaki jernih seluruhnya maka pisahkanlah dirimu terhadap makhluk dan sambungkan hatimu kepada Allah. 

    Wahai anak, tidakkah kamu mendengar "Pandailah ilmu feqah kemudian beralihlah, pandailah ilmu feqah yang zahir kemudian beralihlah ke feqah yang batin. Beramallah dengan yang zahir ini sehingga amal itu mendekatkan kamu untuk
    mengetahui suatu ilmu yang kamu belum mengerjakannya

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..11


    Wahai anak, beramallah dengan hukum dan ilmu-Nya dan janganlah kamu keluar dari garis jangalah kamu lupa perjanjian dan perangilah hawa nafsumu, syaitanmu,tabiatmu dan duniamu. Dan janganlah kamu putus asa dari pertolongan Allah kerana sesungguhnya pertolongan itu datang kepadamu bersama keteguhanmu, Allah swt berfirman dan bermaksud: 

    "Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" (Al Baqarah: 153) 

    Allah berfirman dan bermaksud: 

    "Maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." ( Al Maidah: 56) 

    Wahai anak, bersungguh-sungguhlah agar tidak ada sesuatu di dunia yang kamu cintai. Apabila hal ini sempurna dalam hakmu, maka janganlah kamu tinggalakan bersama dirimu sekerap pun, jika kamu lupa maka kamu diingatkan dan jika kamu lalai kama kamu dijagakan. 

    Wahai anak, jangalah kamu tertipu dengan kesantunan Allah terhadapmu. Sungguh pukulan-Nya itu keras. Janganlah kamu tertipu ulama yang bodoh tentang Allah swt.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..10


    Wahai anak, hendaklah bisu itu menjadi kebiasaanmu, kasih sayang menjadi pakaianmu dan lari dari makhluk adalah seluruh maksudmu. Jika kamu mampu untuk melubangi bumi yang di dalam lubang itu kamu bersembunyi maka lakukanlah. 

    Wahai anak, kamu telah mensia-siakan umur dalam kitab ilmu dan menghafalkannya tanpa diamalkan, itu tidak bermanfaat bagimu. Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud:- 

    "Allah swt pada hari kiamat berfirman kepada para Nabi dan Ulama: "Kamu adalah pemelihara makhluk maka apakah yang kamu perbuat terhadap peliharaanmu, Dan Dia berfirman kepada para Raja dan orang-orang kaya: "Kamu adalah penjaga perbendaharaanku, apakah kamu menghubungi orang-orang fakir dan kamu pelihara anak-anak yatim dan kamu keluarkan hak-Ku yang Aku wajibkan atasmu?" 

    Wahai anak, jika kamu menghendaki lapang dada dan baik hati maka janganlah kamu mendengarkan apa yang dikatakan oleh makhluk. Dan jangan kamu menoleh kepada pembicaraan mereka. 

    Wahai anak, bila kamu lakukan dari hikmah kepada kekuasaan, bila pekerjaanmu menyampaikanmu dengan hikmah kepada kekuasaan Allah swt? Bila Dia menyampaikan kamu untuk menyelamatkan kamu dengan amal ke pintu yang mendekatkan kamu dari Tuhanmu swt? 

    Wahai anak, jadilah kamu bersama Allah dengan diam ketika datang kekuasaan dan perbuatannayNya sehingga kamu melihat dariapdaNya beberapa belas kasihan yang banyak.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..9


    Wahai anak, apabila kamu melayani maka kamu dilayani, apabila kamu bersetuju maka kamu disetujui. Layanilah Allah dan jangan lupa terhadap-Nya dengan melayani para sultan yang mana mereka tidak dapat berbuat mudharat dan tidak dapat berbuat kemanfaatan.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..8


    Orang yang riak, badannya bersih tetapi hatinya kotor. Ia zuhud dalam hal-hal yang mubah tetapi malas untuk berusaha. Ia makan dengan agamanya tetapi tidak berbuat warak secara global. Ia makan haram yang jelas, yang urusan itu sama atas orang awam tetapi tidak sama atas orang yang khas.

    Seluruh zuhud dan taatnya itu dilahirkan. Lahirnya makmur tetapi batinnya rosak. Taat kepada Allah itu dengan hati tetapi bukan dengan tubuh. Seluruh hal ini tergantung dengan hati, rahsia dan pengertian-pengertian.

    Telanjanglah kamu dari sesuatu yang kamu ada padanya sehingga saya mengambilkan untukmu dari Allah pakaian yang tidak pernah rosak, lepaslah sehingga Dia memberi pakaian kepadamu.

    Lepaskanlah pakaianmu dalam hak-hak Allah. Lepaslah pakaian wukufmu bersama makhluk dan temanmu, lepaslah pakaian syahwat, hal-hal yang menyakitkan,ujub dan nivak, kecintaanmu untuk diterima di sisi makhluk dan mereka menghadapmu, pemberian mereka kepadamu. Lepaslah pakaian dunia dan pakailah pakaian akhirat. Lepaslah dari sekelilingmu, kekuatanmu, kedermawananmu.

    Lemparkanlah di hadapan Allah tanap daya upaya, tanap kekuatan dan tanpa berdiri dengan sebab serta tidak mensekutukan dengan sesuatu dari makhluk.

    Apabila kamu melakukan hal ini maka kamu melihat belas kasih-Nya di sekelilingmu akan datang kepadamu, rahmatNya akan berhimpun denganmu. Nikmat dan kurnia-Nya akan memberi pakaianmu dan menghimpunkan kamu kepadaNya.

    Larilah kepadaNya dan bersungguh-sungguhlah kepadaNya dengan telanjang tanpa kamu dan selainmu. Berjalanlah kepada-Nya dengan terputus dan terpisah dari selainnya.

    Berjalanlah kepada-Nya dengan bercerai berai dan memisahkan diri sehingga Allah menghimpunmu dan menyampaikan kepadamu dengan kekuatan lahir dan batinmu. Sehingga seandainya Allah menutup alam atasmu dan Allah membawakan kepadamu semua beban maka hal itu tidak membahayakan kepadamu bajkan Allah akan memeliharamu padanya.

    Hendaklah kamu mematikan hawa nafsumu dan syaitan-syaitanmu sebelum kamu mati. Hendaklah kamu mati khusus sebelum mati umum.

    Permulaannya adalah menghasilkan akhirat kemudian kamu memperoleh bahagian-bahagian dari dunia. 

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..7


    Wahai anak, ambillah pemberian itu dengan tangan syarak apabila kamu menghendakinya. Dan dengan tangan perintah apabila kamu orang yang khusu dan benar, dan dengan tangan perbuatan Allah apabila kamu orang yang taat, menghubungkan diri dan didekatkan kepada Allah.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..6


    Wahai anak, yang saya maksudkan kamu, bukan saya. Jika kamu berubah maka itu kamu, bukan saya. Saya menyeberangkan. Kamu mencintai saya kerana kamu di mana kamu bergantung kepadaku sehingga kamu melewati secara cepat.\ 

    Wahai anak, jika kamu dapat untuk mengosongkan hati dari kesedihan-kesedihan dunia maka lakukanlah! Jika tidak maka bersegeralah dengan hatimu kepada Allah swt. Dan peganglah dengan ekor rahmat-Nya sehingga kesedihan dunia itu keluar dari hatimu. 

    Wahai anak, pandainya lidah tanpa amalan hati, tidaklah mengajukan langkahmu kepada Tuhanmu selangkahpun. Perjalanan itu adalah perjalanan hati. Dekat itu adalah dekatnya rahsia.

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..5


    Wahai anak, di manakah peribadatan (penghambaan) terhadap Allah swt? Datanglah hakikat peribadatan dan ambillah kecukupan dalam seluruh urusanmu! Kamu adalah hamba yang melarikan diri dari tuanmu, kembalilah kepada-Nya, redhakanlah dirimu kepada-Nya dengan mengikuti perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan sabar serta setuju dengan ketetapan-Nya. 

    Wahai anak, kamu telah terikat dengan adat dan kamu mengikat Allah dengan menuntut bahagian-bahagian, terhenti pada sebab dan melupakan pembuat sebab dan tawakkal kepada-Nya. Wajib atasmu untuk memulai amal dan ikhlas padanya. Allah berfirman dan bermaksud:- 

    "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Az Zariyat: 56) 


    Wahai anak, jagalah sebelum kamu dijagakan tanpa perintahmu, beragamalah dan pergaulilah ahli agama kerana mereka orang yang penting. Sepandai-pandai manusia adalah orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. 

    Wahai anak, apabila khalwatmu bersama Allah benar maka tercenganglah rahsiamu dan jernih hatimu. Pandanganmu menjadi ibarat, hatimu merajai fikiran, roh dan pengertianmu sampai kepada Allah. 

    Wahai anak, janganlah kamu mencampurkan kesungguhan dengan bermain-main. Sesungguhnya kamu tidak dapat menempatkan hatimu bersama makhluk maka bagaimanakah hatimu dapat berkumpul dengan Khalik, padahal kamu musyrik dengan sebab? Bagaimanakah kamu bersama Musabbib(pembuat sebab), bagaimanakah kumpul lahir dan batin? Sesuatu yang masuk akal (dapat difikirkan) dan sesuatu yang tidak dapat difikirkan. 

    Wahai anak, kamu berteman dengan orang-orang yang bodoh lalu ia melampaui batas kepadamu kerana kebodohan mereka. Temanilah orang mukmin yang yakin, pandai dan mengamalkan ilmu mereka. Alangkah baiknya keadaan orang-orang mukmin dalam seluruh tindakan mereka. 

    Wahai anak, jadikanlah saya sebagai cerminmu, jadikanlah saya sebagai cermin hati dan rahsiamu dan cermin amalmu. Mendekatlah kepadaku kerana kamu melihat apa yang ada di dalam dirimu akan sesuatu yang tidak kamu lihat dengan jauh dari saya. 

    Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..4

    Wahai anak, di sini tidak ada selain Khalik (Zat Pencipta). Jika kamu bersama Khalik maka kamu adalah hamba-Nya. Dan jika kamu bersama makhluk maka kami adalah hamba mereka. 

    Wahai anak, janganlah kamu malas kerana orang yang malas itu terhalang selamanya, sedangkan penyesalan itu ada di dalam dirinya. Baikkanlah amal-amalmu dan Allah bermurah kepadamu di dunia dan akhirat nanti. 

    Wahai anak, tegakkanlah jaring doa dan kembalilah kepad keredhaan. Janganlah kamu berdoa dengan lidahmu sedang hatimu itu berpaling. Esok pada hari Kiamat, manusia akan teringat apa yang ia kerjakan di dunia baik kebaikan mahupun keburukan. 

    Wahai anak, pergaulanmu dengan orang-orang buruk akan menempatkan kamu untuk berprasangka buruk kepada orang-orang yang terpilih. Berjalanlah di bawah naungan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya saw dan kamu telah beruntung.