Selasa, 18 Januari 2011

Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..18

Wahai anak, jadilah kamu orang yang benar maka kamu menjadi orang yang fasih. Jadilah kamu orang yang benar dalam hukum maka kamu menjadi orang yang benar dalam hukum maka kamu menjadi orang yang fasih dalam ilmu. Jadilah kamu orang yang benar dalam rahsia maka kamu menjadi orang yang fasih dalam keramaian. 

Wahai anak, puasalah dan apabila kamu berbuka maka lapangkanlah orang-orang fakir dengan sesuatu dari bukamu. Janganlah makan sendirian kerana orang yang makan sendirian dan tidak memberi makan maka dikhuatirkan atasnya terkena fakir dan kesusahan. 

Wahai anak, hendaklah kamu menanggung derita dan memutuskan keburukan. Kata-kata itu mempunyai saudara-saudara apabila kamu menggunakan satu kata kemudian kamu menjawabnya maka datanglah saudaranya kemudian hadir keburukan di antaramu berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan