Selasa, 18 Januari 2011

Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..3


Wahai anak, ilmumu memanggilmu; 

Saya adalah hujjah atasmu (mengalahkan kamu) jika kamu tidak mengamalkan saya, dan hujjah bagimu (berguna bagimu) jika kamu mengamalkan saya! Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: 

"Bersuaralah ilmu dengan amal jika ia memperkenankan. Jika tidak, maka ilmu itu pergi." (Al Hadis) 

Wahai anak, barangsiapa yang sabar maka ia menjadi mampu. Allah swt berfirman dan bermaksud:- 

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." 
(Az Zumar: 10) 

Wahai anak, ambillah dalil dari ciptaan Allah atasnya. Berfikirlah mengenai ciptaan itu maka kamu sampai kepada Zat Yang Menciptakan. Orang mukmin yang yakin dan arif itu mempunyai dua mata lahir dan dua mata batin. 

Wahai anak, janganlah kamu mengadu dari Khalik kepada makhluk, tetapi mengadulah kepada-Nya kerana Dia Zat yang mentakdirkan. Adapun selain-Nya maka tidak. Termasuk perbendaharaan kebaktian adalah menyimpan rahsia, bencana-bencana dan penyakit-penyakit dan sedekah, bersedekahlah dengan tangan kananmu dan usahakanlah sungguh-sungguh agar tangan kirimu tidak mengetahuinya. 

Wahai anak, dalam mengabil dunia janganlah seperti orang yang mengumpulkan kayu bakar di malam hari, di mana ia tidak tahu apa yang terjamah oleh tangannya. 

Wahai anak, jika kamu menghendaki agar dihadapanmu tidak ada pintu yang tertutup maka bertaqwalah kepada Allah kerana itu adalah kunci dari setiap pintu. Allah berfirman dan bermaksud: 

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka." (At Talaq: 2-3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan