Ahad, 16 Januari 2011

10 amalan TERBALIK...



Pertama amalan kenduri arwah
Adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah...
Rasulullah menganjurkan jiran tetangga memasak di rumah...
Dihantar kepada si keluarga arwah...
Untuk meringankan kesedihan mereka dan rasa susah.... 

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan... 
Terpaksa pula menyediakan  pelbagai hidangan... 
Belanja untuk majlis tahlil dan orang datang... 

Tidakkah mereka yang hadir  berasa bimbang...
Andainya termakan harta anak yatim yang ditinggalkan....
Atau si mati masih ada banyak hutang...
Harta peninggalan simati yang belum dibahagikan... 
Kepada yang berhak menurut Islam ?


Kedua bila hadir ke majlis walimatul urus.... 
Sampul salaman berisi fulus...
Kalau wang kebetulan kurang...
Maka diri terasa  sangat segan...
Mulalah mencari pelbagai alasan...
Kenapa diri tidak dapat datang....

Tetapi kalau menziarahi orang mati... 
Tidak segan pula bila 'salam tidak berisi.'...
Sepatutnya bersedekahlah menziarahi keluarga simati...
Dapatlah meringankan dan menyenangkan hati...

Kalau ke majlis kenduri kahwin pula...
Tidak beri pun tidak mengapa....
Kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan... 
Bukan untuk dia menambah pendapatan...

Ketiga ketika menghadiri majlis bersama pemimpin negara...
Kita berpakaian cantik, kemas dan segak belaka... 
Tetapi, bila menghadap Allah yang Maha Esa...
Baik di rumah mahupun di Masjid Negara...
Maka pakaian lebih kurang sahaja... 
Bahkan ada yang tidak berbaju, berkain sahaja...
Ini dituju kepada lelaki sahaja...
Namun tidak kurang wanita juga...


Keempat kalau menjadi tetamu di rumah teman... 
Dan diberikan jamuan untuk dimakan...
Rasa segan hendak makan sampai habis apa yang dihidangkan... 
Kerana rasa segan dan malu untuk berbuat demikian...

Sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan.. 
Dan dihabiskan apa yang dihidangkan... 
Supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak terkilan...
Juadah tidak membazir dan tidak ikut jejak syaitan...

Kelima bersolat sunat di Masjid atau surau amat rajin... 
Tetapi kalau di rumah, sangat malas, tidak pula rajin...
Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat...
 Dilakukan di rumah untuk mengelak rasa riak.

Keenam bulan puasa bulan mendidik jiwa... 
Termasuk nafsu makan berlebihan yang sedia ada...
Tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa....
Di bulan puasa  selalu bulan terlebih belanja...
Sedangkan sepatutnya sedikit cuma....
Kerana berbelanja di bulan puasa

Ketujuh waktu hendak menunaikan ibadah haji... 
Kebanyakan orang akan membuat kenduri...
Sebelum bertolak ke Mekah Tanah Suci...
Namun apabila balik dari Mekah, tak buat pun kenduri...
Sepatutnya masa inilah kalau nak berkenduri...
Menunjukkan rasa syukur kepada Illahi...
Kerana telah selamat pergi dan selamat kembali...

Tapi cara kita memang terbalik...
Ataupun ada tujuan di sebalik?

Kelapan semua ibubapa amat bimbang.... 
Sekiranya keputusan peperiksaan anak - anak  tidak cemerlang...
Maka, dihantarlah ke kelas tuisyen  malam dan siang....
Walaupun banyak belanjanya kena keluarkan wang...

Tetapi, kalau anak tidak boleh membaca Al Quran...
Atau solat, tidak pula terasa bimbang...
Bahkan tidak terdetik untuk menghantar anak ke kelas bimbingan...
Kelas membaca Al Quran atau kelas khas mempelajari Islam....
Kita sepatutnya lebih cemas dan bimbang.... 
Jika anak tidak tahu membaca Al Quran atau solat ditinggalkan....

Kesembilan kalau bekerja mengejar rezeki... 
Tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi...
Hujan atau ribut tetap jua diharungi... 
Kerana peraturan kerja mesti dipatuhi...

Tetapi, dalam urusan ke rumah Allah... 
Tidak hujan, tidak ribut namun diri tidak jua gagah...
Sungguh tidak malu manusia begini.... 
Rezeki Allah diminta, tapi nak ke rumah NYA tiada di hati...

Kesepuluh seorang isteri bila keluar dari rumah.... 
Samada bersama suami ataupun tiada di sebelah... 
Bukan main lagi berhias dan berdandan indah.... 
Tetapi, kalau duduk di rumah... MasyaAllah... 

Sedangkan yang dituntut oleh Allah...
Begitu juga dengan pesanan Rasulullah...
Berhias hanya untuk suaminya... isteri solehah...
Berhias untuk orang lain... itu yang salah...

Amalan terbalik ini jua...
Membuatkan rumahtangga kurang bahagia.... 
Marilah kita berlapang dada.... 
Menerima hakikat Islam sebenarnya....

Marilah kita beralih kepada kebenarannya... 
Agar hidup menurut ajaran Islam yang sebenarnya... 
Bukan yang digubah mengikut selera kita... 
Allah yang mencipta kita...
Biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan