Jumaat, 14 Januari 2011

Awal agama adalah mengenal Allah...

DEFINISI MUKALLAF:1. الْبَالِغُ Baligh.LELAKIKeluar air mani iaitu melihat mani.Sempurna umur 15 tahun hijriah iaitu mengikut bulan Islam.PEREMPUANKeluar air maniSempurna umur 15 tahun hijriah mengikut bulan Islam.Melihat darah haidh.Apabila salah satu perkara tersebut berlaku ke atas seseorang itu, maka individu tersebut dikira baligh dan tidak syarat sempurna syarat tersebut baru dikatakan baligh.2. الْعَاقِلُ Berakal3. الَّذِيْ بَلَغَتْهُ دَعْوَةُ الإِسْلامِ Orang yang sampai kepadanya dakwah Islam.Yang dimaksudkan sampai dakwah Islam adalah sampai makna kalimah syahadah kepada seseorang itu, maka orang tersebut dikira telah sampai dakwah Islam kepadanya. Kesimpulannya setiap mukallaf wajib menganut agama Islam dan sentiasa berpegang teguh pada agama Islam selama-lamanya serta melaksanakan segala hukum-hakam yang diwajibkan ke atasnya seperti mempelajari ilmu fardhu ain.Ketahuilah bahawa wajib ke atas setiap mukallaf mempelajari ilmu agama yang dinamakan sebagai ilmu fardu ain yang terbahagi kepada ilmu akidah dan ilmu hukum-hakam.Antara ilmu akidah yang wajib ke atas setiap mukallaf mempelajarinya ialah beriman dengan Allah dan dengan apa yang telah didatangkan oleh Allah, dan beriman dengan Rasulullah dan dengan apa yang telah diberitahu oleh Baginda seperti:1. Memahami makna dua kalimah syahadah.2. Mengetahui sifat yang wajib bagi Allah, sifat mustahil atas Allah dan sifat harus bagi Allah ta`ala.3. Mensucikan Allah daripada apa yang tidak layak bagi-Nya.4. Mempercayai kesemua perkara yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang terdiri kisah-kisah terdahulu dan perkara yang akan berlaku sama ada di alam barzakh ataupun pada hari akhirat dan juga mempercayai perkara yang telah dinyatakan akan hukumnya halal ataupun haram.5. Mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang boleh menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada Islam (murtad) seperti mengetahui jenis-jenis kufur supaya dia mampu mengelak daripada berlaku murtad pada dirinya.Antara perkara yang wajib ke atas setiap mukallaf mempelajarinya dari hal yang bersangkutan dengan hukum-hakam ialah mempelajari hukum-hakam solat seperti syarat-syaratnya, rukun-rukunnya, dan perkara yang membatalkan solat dan sebagainya.Namun perlu diingatkan bahawa keseluruhan perkara-perkara ini tidak boleh diambil dengan hanya mentela`ah atau membaca buku sahaja tanpa talaqqi dengan ulama’ yang dipercayai. Ini kerana berkemungkinan buku yang dibaca itu ada penyelewengan dan pendustaan yang ditokok-tambah atau dibuat-buat oleh sesetengah puak, atau tersalah cetak atau berkemungkinan pembaca memahami maksud yang tersirat di dalam buku agama yang dibaca dengan kefahaman yang menyalahi nukilan ilmu ulama’ salaf dan khalaf daripada suatu generasi kepada suatu generasi. Keadaan ini akan menyebabkan pembaca beramal dengan kefahaman yang salah dan merosakkan ibadah atau juga merosakkan akidah jika dia beriktikad dengan suatu akidah sesat yang mempercayai bahawa Allah itu menyamai dan menyerupai makhluk-Nya seperti beriktikad bahawa Allah berada di atas Arasy, di langit atau Dia berada di setiap tempat. Sedangkan antara akidah Islam yang sebenar ialah Allah Wujud Tanpa Bertempat. Umumnya, mentela`ah kitab semata-mata bukanlah cara pembelajaran para ulama’ salaf dan khalaf. Bahkan, sedangkan Nabi Muhammad sendiri pun bertalaqqi dengan Jibril `alaihissalam, apatah lagi kita yang bukannya nabi ini. ALLAH BERKATA2 DGN KALAMNYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan