Khamis, 13 Januari 2011

Rahsia dan khasiat kalamullah

(1)            RAHSIA “ SURAH AN-NAML ” 

Maksudnya : Semut

Dengan izin Allah SWT Yang Maha Pengasih, barangsiapa yang membaca surah ini nescaya nikmat-nikmat Allah SWT akan kekal kepadanya.



(2)          RAHSIA “ SURAH AL-QASHASH ”

Maksudnya  :  Cerita

Dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianati.    Barangsiapa yang membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus



(3)     RAHSIA “ SURAH AL-ANKABUT “

Maksudnya  :  Labah-labah

Dengan keizinan Allah Yang Maha Melihat, barangsiapa yang membaca surah ini nescaya demamnya akan sembuh dan akan terhidar dari keluh kesah dan hati yang gelisah.



WALLAHUA’ALAM…… 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan