Khamis, 13 Januari 2011

jom kite pakat2 join..

Assalamu’alaikum.

La ni saya nak cerita satu fenomena baru yang bakal melanda dunia IT pada zaman globalisasi kini. Kalo cerita pasal facebook, hampir setiap isi rumah dalam dunia ni ade akaun facebook. Kalau takde tu dikira ketinggalan zaman la. Abang dan akak pergi je mana mana, baik dalam bas, kereta, kedai mamak, shopping kompleks, sekolah dan dimana saje ada orang berfacebook. Bukan remaja, dewasa dan warga tua saje ade akaun facebook, malah kanak-kanak seawal umur 5tahun pon dah ade facebook sebab ibubapa budak tu yang createkan. Semua butiran lanjut mengenai anak ade disenarai panjangkan, besok bila kena culik nak salahkan siapa? Tepuk dada Tanya selera...

Abg akak pernah dengar tentang rakanBarakah? Mungkin ade yang dah sedia maklum dan mungkin ade yang tak tahu. Tak mengapa, sebab benda ni pon masih baru lagi.. Baru dilancarkan pada September 2010. Sehingga ke hari ni, terdapat 918 user yang telah sign up rakanBarakah. Masih lagi diperingkat beta test. Belum finalize lagi.

Saya mewakili Al Barakah, ingin menggembar-gemburkan social network Islam rakanBarakah yang mana ia juga salah satu laman sosial dibawah kendalian dan kepunyaan www.albarakah.org . Objektif laman sosial ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesame umat Islam tanpa mengira pahaman politik, berkongsi pendapat dan cadangan, pencarian dan berkongsi ilmu terutamanya dalam bab-bab agama. Rata-rata user yang terdapat dalam rakanBarakah adalah terdiri daripada peminat-peminat ustaz Mohammad Kazim Elias sendiri.

Ramai yang cakap rakanBarakah sama macam facebook. Disini saya nak perbetulkan, kita boleh gunakan istilah ‘sama tapi tak serupa’. Abang akak boleh sign up dulu dan nilai sendiri isi-isi dalam rakanBarakah. Lagi pon rakanBarakah masih lagi dalam peringkat beta test dan mungkin akan diubah skin, color scheme dan backgroundnya bila meeting yang akan diadakan dengan pihak Al Barakah nanti. Dalam rakanBarakah juga ada menawarkan pengiklanan tentang bisnes dan boleh berhubung dengan Admin rB.

Oleh yang demikian, saya Khair Al Medani menyarankan agar abang-abang dan kakak-kakak semua marilah kita meramaikan dan memanfaatkan social network Al Barakah ni. Bila dah sign up tu jangan lupa add saya ye. Khair Al Medani Ă http://www.albarakah.org/rakan/profile.php?user=KhairAlMedani

Kita patut menyokong usaha yang dibuat oleh ‘orang kita’. Lepas ni bolehlah secara beransur-ansur kita tinggalkan facebook. Ada rakan saya cakap, macam takut je nak join rakanBarakah ni. Takut tak meriah, tak best, tak ramai kawan. Rileks la bro, gurl.. kalau kita tak meriahkan macam mana rakanBarakah nak meriah. Tak gitu? Jom! Kita meriahkan rakanBarakah!!!

Assalamu'alaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan