Selasa, 18 Januari 2011

Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..13

Wahai anak, dahulukanlah akhirat atas duni, maka kamu akan beruntung pada keduanya. Apabila kamu mendahululkan dunia atas akhirat maka kamu akan rugi dunia dan akhirat, serta mendapat siksaan pula. 

Wahai anak, jangalah putus asa dari rahmat Allah kerana kemaksiatan yang kamu lakukan, bahkan cucilah najis pakaian agamamu dengan air taubat,teguh atasnya, ikhlas padanay dan harmkanlah dengan minyak wangi makrifat. 

Wahai anak, sihat dalam rangka meninggalkan mencari kesihatan, kaya dalam rangka meninggalkan mencari kekayaan, ubat dalam rangka meninggalkan mencari ubat. 

Wahai anak, khalwatmu itu rosak, tidak benar, najis tidak suci. Hatimu tidak benar dalam tauhid dan ikhlas. Wahai orang-orang yang tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan